Kami percaya setiap orang Malaysia boleh jadi builder AI.
belajarAI.app dilahirkan dari frustrasi — kenapa kandungan AI premium hanya wujud dalam English dan untuk audience US? Kami bina platform yang sepatutnya ada sejak 2022.
2024
Lahir di Kuala Lumpur
Bermula dari satu soalan: "Kenapa tak ada?"
2024. Founder kami — Iman, Daniel, dan Aiman — perasan satu pattern. Kawan-kawan yang usahawan SME mula guna ChatGPT untuk copywriting. Tapi semua tutorial adalah dalam English, dengan konteks US.
Prompt pasal "suburban moms" tak relevan dengan "mak-mak Penang". Framework "direct response copywriting" tak translate ke audience Malaysia yang lebih relationship-first. Teknik "ChatGPT for Shopify" tak guna untuk kedai yang jual di WhatsApp.
Kami mula dengan satu Notion doc — prompt collection yang di-test untuk pasaran Malaysia. Kemudian jadi newsletter. Kemudian booklet. Sekarang, belajarAI.app — platform AI learning premium pertama yang betul-betul direka untuk orang Malaysia.
Apa yang kami pegang.
Hasil > Teori
Setiap modul diukur dengan satu metric — adakah anda boleh apply minggu pertama.
Direka untuk Malaysia
Tone, konteks, dan contoh yang sesuai dengan cara orang Malaysia kerja dan belajar.
Premium tanpa kompromi
Kami believe learning product patut rasa macam Linear atau Notion — bukan template Udemy.
Community-first
Weekly drops, office hours, community — belajar bersama, bukan keseorangan.
Malaysia-first, dunia-next
Bahasa Melayu casual + English prompt — best of both world untuk global AI tools.
Constant innovation
Tool AI berubah setiap minggu. Kandungan kami update setiap Jumaat — tiada stale content.